Friday, September 27, 2013

Cara buat trafik secara haram tapi MASYUKKKKK!

2 comments
Assalamualaikum dan gooo day to you allss.
Terima kasih daun keladi menjenguk, dan tak lupa juga kepada visitor dari US yang datang menjenguk tapi tak komengs dan juga follow. Kah Kah Kah !

As well as all adult out there, i'm one busy hog hole, seriously i do not have the luxury to update my blog as regularly as possible. Selepas aku type few entry haritu, view adalah sangat hampeh dan takde ler lebih dari sepuluh orang visitor, aku rasa 9 dari 10 tu semua aku yang duk refresh. Kah Kah Kah. Aku tak tahu pun cara mcmana nak upgrade aku punya pageview mcm orang lain buat, tapi aku redha je lah.

Lepas dah free sikit, contohnya harini, baru lah tergerak hati nak bukak balik blog sedih aku ni, terkejut pun ada, bingung pun ada, tetiba tadah tangan ucap Alhamdulillah syukur. Sebab tak logik dan aku saspek bot ataupun apa orang panggil tu? aku pun tak tahu.


Mari dekat dekat, tgok lah sampai nampak, aku tahu kabur kabur je tulisan, malas nak bukak illusrator so aku pakai paint, kih kih. So what do you guys think? ada sape sape boleh jawab ke persoalan di atas? aku rasa tak kot, sebab yang baca blog aku ni bukan manusia. Tak logik aahhh manusia baca blog nih ! ni semua computer !

Tapi janji tetap lah janji,
camane caranya boleh jadi gini?

Gini cerita dia, 
Seminggu lepas aku jumpa dengan kawan baik aku, dia bawak laptop dan secara tak malu aku suruh dia jadi pembaca setia blog aku, tapi dia duk godek apa ntah kat blog ni, yang aku tahu sekarang view dah naik bnyak.

So secara harafiahnya aku tak faham dan dia pun sama tak faham,
the bad thing is, there is no good things going on.

ini adalah confusion, dan aku masih konfius secara pukal.
If there is any human who read this, please explain to me?

:P

Good day nachoos.

Thursday, September 19, 2013

Kuaci Judi dan Aktiviti Judi Kanak Kanak tahun 90'an

1 comments
Kenapa tahun 90’an merupakan tahun yang tebaik bagi aku? Sebab utamanya adalah masa tu aku masih kecik dan decent juga tak tahu apa apa tentang dunia. Ye ini kenyataan. Anda mmg tak tahu apa apa masa umur mcm ni. So buat salah apa pun habis habis kena rotan tapi setakat tu sahaja. Yang penting tak ada bank kejar, takde komitment kejar, takde bos kejar. Semuanya free dan seronok.
Aku bukan lah anak orang kaya, haiyaa ! tapi tu la yang best, kalau kaya terus mana nak merasa jajan 10sen kan? Hingat lagi aku dekat kuaci 10 sen yang ada judi kat dalam tu. HAHAHA! Betul beb, aku pernah jugak menang seringgit. Pernah tgok menatam ni? Sedap kan dosa ni? Lepas bertubi tubi kena marah tapi aku mana pernah berhenti beli, kadang kadang sampai bertingket tingket beli, naknye menang judi. Tu lah judi pertama dan terakhir aku. Takde dah lepas tu. Ngeh ngeh.

Lepas mama tahu kat mana aku buang kuaci tak sedap tu celah dinding rumah, kat celah dinding tu selalunya bila buang apa apa direct ketanah dan terus kena makan dengan ayam, tapi haritu kuaci bnyak bnyak tersumbat kat situ sebab bnyak sgt sampah sarap berupa kupon judi ‘Terima Kasih’ tu terlekat kat situ. Ter’piat’ lah kaki dan juga tangan, mak cakap ni tangan kaki main judi lepas ni kena bakar neraka. Dah nangis nangis , terus semayang tobat dengan mama, 2 kali aku buat semayang tobat. KAH KAH KAH ! Nostalgia sungguh. Tapi lepas dah semayang tobat, kawan aku si Mijan tunjuk dia menang seringgit, lepas tu Pak Wan ( Tokey kedai judi kuaci ) dah tak bagi tukar duit, kena tukar dengan gula gula dengan jajan je. Si syaitan Mijan ni bijak, dia tukar dengan kuaci lagi dan dapat lah beli 10 paket lagi judi kuaci tu.



Nak dijadikan cerita, 3 dari 10 paket judi tu dia menang 20sen satu, 50 sen satu, seringgit satu. HOHOHO. Memang bertuah lah dia, aku tanya dia mcmana kau buat sampai menang judi tu, then dia share cara nak kasi menang setiap kali beli mesti dapat duit. Caranya?
Note : Aku budak budak, masa tu baru sekolah darjah 2. So harap jgn bagi spekulasi dan juga tuduhan aku ni sesat dan bakal jadi ahli neraka. Nauzubillah !
Resepi menang judi kuaci adalah seperti berikut :-
  1. Kena beli time cuti sekolah, (aku duk Terengganu so cuti Jumaat) tak boleh beli time sekolah sebab nnti tak ONG.
  2. Sebelum beli judi kuaci, kena mandi dan niat nak menang judi. ( Serapah judi aku taknak siarkan,sebab takut aku terbaca nnti jadi dosa)
  3. Lepas semayang kena doa nak menang judi.
  4. Beli judi dengan duit sendiri jangan mintak mama sebab nnti tak berkat
  5. pakai selipar warna hitam dan pakai guna kaki kanan.
  6. Beli judi dan bukak bila dah makan habis kuaci baru ONG.

Aku ketar ketar nak main judi balik, dah plan baik punya, ingat lepas main lepas tu boleh semayang tobat balik. Ni dia pesan. Hahahahahahahahahahah!
Bermula lah aku ikut semua yang diarahkan kawan aku tu. Dah siap mandi sebelum solat subuh, lepas tu solat belakang abah, belakang aku mama. Aku baca doa dengan abah lepas tu aku pun baca sekali doa yang Mijan ajar, PAPPP!. Dapat sebijik dekat pipi lepas tu kena piat dengan abah ngan mama lepas tu selipar hitam baru beli dah kena sorok dengan mama. “ Ni rupanya kerja mung !, Orang wi pitih suruh mu gi makan kat skoloh mu wat gi beli judi ! kabo doh kang jangan beli judi ! “ Pap Pap Pap kaki ngan tangan kena ‘piat’. Sejak dari tu, aku tak pernah terbayang dalam kepala nak pegi judi lagi.
Bukan tu je, aku diperkenalkan dengan judi tikam ni ! lagi lah aku nak, kalau yang dalam gambar ni mmg takde apa sangat yang menang, tapi masa aku beli tikam haritu dia siap ada kereta yang ada enjin tu yang pasang tayar semua tu. Gila kau tak jisim tengok menda tu? Kedai Pak Wang jual kereta tu satu RM9.90. Masa tu mana nak ada duit ! So dengan judi lah aku boleh menang kereta tu. Woh! Pernah tgok menda ni sekali? Merah merah muka tahan lapar nak berjudi. Akhirnya terkantoi segalanya dan habis dah tangan dan kaki aku. Alhamdulillah mama sedar. Kalau tidak…



Tu lah kali terakhir aku beli dan lepas seminggu baru boleh keluar rumah. Mama ckp kat Pak Wang jangan jual kat aku kuaci. Berakhir lah episode judi dan kuaci masa aku masih di darjah dua. Seronok dan kelaka bila ingat balik. Tapi takpe ah, dah kalau tak kena aku tak belajar, dah kena baru aku tahu keburukan judi.

Zaman sekarang ni kalau ada lagi lah kuaci judi tu, aku rasa dah kena rush dah kilang tersebut.


Sunday, September 15, 2013

Percutian di Pulau Lang Tengah , Terengganu

0 comments
Setelah sekian lama mendiamkan diri, akhirnya aku keluar balik dari kepompong aku dan cuba memenuhkan balik blog yang sekian lama kosong ni. Sejujurnya? tak ada masa nak menulis dan tiada masa untuk mngambil gambar dan sebagainya. Semenjak start kerja dekat company baru tu, everything kena block, Youtube block, Blogger block, semua block. So apa lagi nak buat? nak menulis blog lagi lah tak boleh. Balik rumah je dah pkul 7 ptg, tak sempat nak menyemak semua benda lagi dah, cukup lah kalau dapat baring atas katil sementara tunggu mandi dan solat maghrib.

Masuk entry baru, yes ! sekarang masa menulis !. Berkobar kobar rasanya nak jadi penulis balik, blog lama dah off dan sekarang blog baru, semoga hobi menulis blog baru ni akan kekal lah sampai mampu sara gaji aku yang tak seberapa ni. Wallahualam. 


Berkenaan tajuk yang diberikan di atas itew,.


Sekarang masa untuk buat research dan pelbagai lagi perkara yang penting sebelum aku buat segala keputusan. Researcher mcm aku juga akan habiskan masa sekurang kurangnya 6 bulan sebelum aku pegi mana mana. Ye, aku bukan backpackers dan aku tak pernah semombro bercuti tanpa rekod dan juga nota nota penting. Susahkan jadi aku? tapi tak apa, sekurang kurangnya aku bersedia kalau ada apa apa nnti. You thank me later.

So planning dah cukup lama dengan tunang, lepas kawen nnti noks kami nak pegi bercuti. Dah go thru a lot of places and also the price. Baru kahwin dan baru kerja, bukan mudah bagi kami nak decide pegi bercuti di tempat yang mahal mahal dan jauh. Cukup lah kat mana mana yang mampu kami pergi. Nak berehat dan habiskan masa bersama cukup lah. kah kah ! Habis lah awok yang. (*O*)

So aku terjumpa satu tempat yang boleh kata menarik dan juga mampu !. yes mampu, iaitu di Pulau Lang Tengah, Terengganu. Kami mula mula decide nak pegi ke perhentian atau redang, tapi kat sini lagi tenang sebab tak ramai sangat orang datang dan boleh lah merehat rehatkan badan. Kat sini tak banyak chalet ada, so ikut sikit kajian kami decide nak pergi ke D'Coconut Lagoon Pulau Lang Tengah.

Look at this place, just look at this.


D'Coconut Resort
Nice eay? So far this is just a plan, and we did not yet decide when to go.
Too bad, tapi kalau cukup lah budget lepas kahwin tu, memang kami pergi lah singgah sini. Bilik bermula dari RM 390 untuk 3 malam termasuk dengan bot dan makan. Cheap gila kan? memang cheap tapi i hope we can go lah.

Dah bukak cerita pasal Pulau Lang Tengah , this is few of the resort yang terdapat di pulau tersebut dan juga harga untuk penginapan.

Senarai Resort di Pulau Lang Tengah , Terengganu

Source : Ping Anchorage


1) Seri Pacifica Resort & Spa


RESORT FACILITIES : Swimming pool, Resort shop & amenities, Large family Jacuzzi, 24-hr room service, Restaurant & bar, Dive & sport facilities, Lounge area with concierge, International kitchen, Full spa facilities including in-room service, Ferry service, Business centre, Complimentary wi-fi coverage.

Price Range : RM 388.00 pernight ( Halfboard )

Hotel ni sedikit mahal, dari review kawan kawan, yes mmg syok villa villa kat sini, untuk honeymooners, tempat ni sungguh sungguh direkemenkan. Untung la korang honeymoon.


2) Lang Sari Resort


FACILITY dive shop, beach volley ball, sepak rage, TV (common), karaoke, Tropical Restaurant and Paradise Bar OPTIONAL night fishing, scuba-diving, snorkelling boat trip, jungle trekking, mask and snorkel. 

Price Range : N/A

Pada yang backpack dan juga dalam budget yang tertentu, Lang Sari adalah tempatnya, not too suitable for family dan juga honeymooners, tapi untuk backpackers, sangat lah puas, yerlah kalau nk pegi sana bukan nak lepak dalam bilik, harusnya buat aktiviti di pulau tu kan? so bilik adalah optional. 

pst: They wont layan your complaint. since this is what they put in the website. lolwhat?

NOTE : Lang Sari Resort is a budget backpacker resort with very basic accommodation and service, we will not responsible for any complaint. 

3) Summer Bay Resort

Price Range : RM 988.00 4 Days 3 Night all in for 2 pax

Oklah not bad jugak, tapi package ni mahal sikit sebab termasuk sekali dengan snorkeling ok? so yang nak bersnorkeling tu memang shok aa !

4) D'Coconut Lagoon


FACILITY restaurant serves Malaysian and Western cuisine with a breathtaking view of the lagoon and turquoise crystal clear waters. Swimming pool, Spa, Dive Centre, sports and recreation, scuba-diving, snorkelling and jungle trekking.

Price Range : RM 388.00 For 3 Days 2 Night All in Per Pax

Romantis bukan? bukannn?
Cukup lah sudah few resort yang terdapat di sana. 


Estimate Perbelanjaan Dari Kuala Lumpur

Kereta Jenis Sedan (Minyak) : RM 160.00 (Return)

Tol Dari KL : RM 80 - 100 ( Return )

Parking di Jeti : RM21 (RM7 untuk sehari)

Selamat bercuti !