Thursday, September 19, 2013

Kuaci Judi dan Aktiviti Judi Kanak Kanak tahun 90'an

Kenapa tahun 90’an merupakan tahun yang tebaik bagi aku? Sebab utamanya adalah masa tu aku masih kecik dan decent juga tak tahu apa apa tentang dunia. Ye ini kenyataan. Anda mmg tak tahu apa apa masa umur mcm ni. So buat salah apa pun habis habis kena rotan tapi setakat tu sahaja. Yang penting tak ada bank kejar, takde komitment kejar, takde bos kejar. Semuanya free dan seronok.
Aku bukan lah anak orang kaya, haiyaa ! tapi tu la yang best, kalau kaya terus mana nak merasa jajan 10sen kan? Hingat lagi aku dekat kuaci 10 sen yang ada judi kat dalam tu. HAHAHA! Betul beb, aku pernah jugak menang seringgit. Pernah tgok menatam ni? Sedap kan dosa ni? Lepas bertubi tubi kena marah tapi aku mana pernah berhenti beli, kadang kadang sampai bertingket tingket beli, naknye menang judi. Tu lah judi pertama dan terakhir aku. Takde dah lepas tu. Ngeh ngeh.

Lepas mama tahu kat mana aku buang kuaci tak sedap tu celah dinding rumah, kat celah dinding tu selalunya bila buang apa apa direct ketanah dan terus kena makan dengan ayam, tapi haritu kuaci bnyak bnyak tersumbat kat situ sebab bnyak sgt sampah sarap berupa kupon judi ‘Terima Kasih’ tu terlekat kat situ. Ter’piat’ lah kaki dan juga tangan, mak cakap ni tangan kaki main judi lepas ni kena bakar neraka. Dah nangis nangis , terus semayang tobat dengan mama, 2 kali aku buat semayang tobat. KAH KAH KAH ! Nostalgia sungguh. Tapi lepas dah semayang tobat, kawan aku si Mijan tunjuk dia menang seringgit, lepas tu Pak Wan ( Tokey kedai judi kuaci ) dah tak bagi tukar duit, kena tukar dengan gula gula dengan jajan je. Si syaitan Mijan ni bijak, dia tukar dengan kuaci lagi dan dapat lah beli 10 paket lagi judi kuaci tu.



Nak dijadikan cerita, 3 dari 10 paket judi tu dia menang 20sen satu, 50 sen satu, seringgit satu. HOHOHO. Memang bertuah lah dia, aku tanya dia mcmana kau buat sampai menang judi tu, then dia share cara nak kasi menang setiap kali beli mesti dapat duit. Caranya?
Note : Aku budak budak, masa tu baru sekolah darjah 2. So harap jgn bagi spekulasi dan juga tuduhan aku ni sesat dan bakal jadi ahli neraka. Nauzubillah !
Resepi menang judi kuaci adalah seperti berikut :-
  1. Kena beli time cuti sekolah, (aku duk Terengganu so cuti Jumaat) tak boleh beli time sekolah sebab nnti tak ONG.
  2. Sebelum beli judi kuaci, kena mandi dan niat nak menang judi. ( Serapah judi aku taknak siarkan,sebab takut aku terbaca nnti jadi dosa)
  3. Lepas semayang kena doa nak menang judi.
  4. Beli judi dengan duit sendiri jangan mintak mama sebab nnti tak berkat
  5. pakai selipar warna hitam dan pakai guna kaki kanan.
  6. Beli judi dan bukak bila dah makan habis kuaci baru ONG.

Aku ketar ketar nak main judi balik, dah plan baik punya, ingat lepas main lepas tu boleh semayang tobat balik. Ni dia pesan. Hahahahahahahahahahah!
Bermula lah aku ikut semua yang diarahkan kawan aku tu. Dah siap mandi sebelum solat subuh, lepas tu solat belakang abah, belakang aku mama. Aku baca doa dengan abah lepas tu aku pun baca sekali doa yang Mijan ajar, PAPPP!. Dapat sebijik dekat pipi lepas tu kena piat dengan abah ngan mama lepas tu selipar hitam baru beli dah kena sorok dengan mama. “ Ni rupanya kerja mung !, Orang wi pitih suruh mu gi makan kat skoloh mu wat gi beli judi ! kabo doh kang jangan beli judi ! “ Pap Pap Pap kaki ngan tangan kena ‘piat’. Sejak dari tu, aku tak pernah terbayang dalam kepala nak pegi judi lagi.
Bukan tu je, aku diperkenalkan dengan judi tikam ni ! lagi lah aku nak, kalau yang dalam gambar ni mmg takde apa sangat yang menang, tapi masa aku beli tikam haritu dia siap ada kereta yang ada enjin tu yang pasang tayar semua tu. Gila kau tak jisim tengok menda tu? Kedai Pak Wang jual kereta tu satu RM9.90. Masa tu mana nak ada duit ! So dengan judi lah aku boleh menang kereta tu. Woh! Pernah tgok menda ni sekali? Merah merah muka tahan lapar nak berjudi. Akhirnya terkantoi segalanya dan habis dah tangan dan kaki aku. Alhamdulillah mama sedar. Kalau tidak…



Tu lah kali terakhir aku beli dan lepas seminggu baru boleh keluar rumah. Mama ckp kat Pak Wang jangan jual kat aku kuaci. Berakhir lah episode judi dan kuaci masa aku masih di darjah dua. Seronok dan kelaka bila ingat balik. Tapi takpe ah, dah kalau tak kena aku tak belajar, dah kena baru aku tahu keburukan judi.

Zaman sekarang ni kalau ada lagi lah kuaci judi tu, aku rasa dah kena rush dah kilang tersebut.


1 comments:

  1. A look at the best casino sites in North America | KLH
    Top 수원 출장안마 9 casino sites 부천 출장마사지 for American 울산광역 출장마사지 players in North 계룡 출장마사지 America · Ignition Casino (5 star) · PokerStars Casino (5 의정부 출장마사지 star) · PokerStars

    ReplyDelete